Liga Super: Rekod tanpa kalah KL City lebur di tangan JDT

Pemain Johor Darul Ta'zim FC (JDT), Manuel Federico Hidalgo menanduk bola ke arah gawang gol Kuala Lumpur City FC (KL City) pada saingan Liga Super di Stadium Kuala Lumpur Cheras malam ini. Foto Bernama
Pemain Johor Darul Ta'zim FC (JDT), Manuel Federico Hidalgo menanduk bola ke arah gawang gol Kuala Lumpur City FC (KL City) pada saingan Liga Super di Stadium Kuala Lumpur Cheras malam ini. Foto Bernama
A
A
A

REKOD tanpa kalah Kuala Lumpur City FC dalam saingan Liga Super musim ini lebur selepas tewas 0-4 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Rabu.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, JDT berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi Cristian Glauder yang menanduk masuk sepakan penjuru Oscar Arribas.

Selang dua minit kemudian, pemain sayap Harimau Selatan Manuel Hidalgo tenang menyumbat masuk bola muntah untuk jaringan kedua JDT sebelum Jairo Da Silva meledak gol ketiga pelawat pada masa kecederaan babak pertama untuk Harimau Selatan mendahului 3-0.

Bersambung babak kedua, JDT dilihat terus bernafsu mencari gol apabila terus mengasak kubu skuad warga kota.

Oscar melengkapkan malam cemerlang JDT apabila menjaringkan gol pada minit ke-73 sekali gus menamatkan aksi berkenaan dengan kemenangan 4-0.

Kemenangan itu menyaksikan JDT terus berada di puncak liga dengan mengutip 33 mata penuh dalam 11 perlawanan manakala KL City kekal di tangga kedua dengan mengumpul 23 mata selepas 10 perlawanan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Rekod tanpa kalah Kuala Lumpur City FC berakhir selepas tewas 0-4 kepada Johor Darul Ta'zim JDT membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi Cristian Glauder Manuel Hidalgo menjaringkan gol kedua untuk JDT Jairo Da Silva meledak gol ketiga untuk JDT Kemenangan ini menyaksikan JDT berada di puncak liga dengan 33 mata

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!