Liga Super: JDT raih tiga mata berharga

SKUAD Johor Darul Ta'zim (JDT), meraih tiga mata berharga di hadapan penyokong sendiri apabila menewaskan Kelantan The Real Warriors FC, 4-1, di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Sabtu.
Bermula garang sebaik wisel dibunyikan, JDT terus memberikan tekanan tinggi kepada lawan dengan mengatur asakan-asakan berbahaya ke gawang pelawat.
Bagaimanapun, asakan-asakan berkenaan dilihat gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan lawan.
Stadium Sultan Ibrahim akhirnya bergema pada minit ke-21 apabila Jairo Da Silva menanduk masuk gol sulung JDT.
Bagai mendapat semangat baharu, kesebelasan Harimau Selatan dilihat semakin bersemangat mengasak ke gawang pelawat bagi menambah jaringan.
Minit ke-42, giliran penyerang Teto Martin mencatatkan namanya sebagai antara penjaring gol pada perlawanan tersebut.
Bagaimanapun, tiada sebarang jaringan tambahan berjaya dihasilkan kedua-dua pasukan hingga tamat babak pertama.
Bersambung babak kedua menyaksikan JDT semakin menggandakan asakan bagi melebarkan defisit jaringan.
Hasilnya, Oscar Arribas meledak jaringan pada minit ke-52 sebelum Nazmi Faiz Mansor menjaringkan gol keempat pasukan pada minit ke-56.
Dalamkeadaa n kelam kabut, pelawat berjaya menjaringkan gol menerusi jaringan kapten Nor Azam Azih pada minit ke-73.
Penghujung perlawanan menyaksikan pelawat banyak mengatur asakan ke pintu JDT dalam usaha merapatkan jurang gol.
Bagaimanapun, benteng skuad Harinau Selatan itu dilihat terus kental bertahan hingga ke wisel penamat.
Ringkasan AI
- Skuad Johor Darul Ta'zim meraih tiga mata berharga dengan menewaskan Kelantan The Real Warriors FC, 4-1
- Jairo Da Silva membuka skor pada minit ke-21
- Teto Martin mencetak gol kedua untuk JDT pada minit ke-42
- Oscar Arribas dan Nazmi Faiz Mansor menyumbang gol ketiga dan keempat untuk JDT
- Nor Azam Azih memperkecilkan ketertinggalan dengan menjaringkan gol untuk Kelantan pada minit ke-73
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
