Sila log masuk terlebih dahulu.

Enam lelaki ingkar PKP ditahan

ARSAD
ARSAD
A
A
A

HULU SELANGOR – Seramai enam lelaki ditahan selepas mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, kesemua individu berusia antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan di sebuah stor getah skrap, di Rasa, di sini pada jam 1.30 pagi.

“Kita mendapati kesemua lelaki itu sedang berkumpul tanpa alasan munasabah di kawasan itu.

"Hasil semakan lanjut mendapati salah seorang daripada mereka dikehendaki polis bagi membantu siastan,” katanya kepada Sinar Harian selepas meninjau Sekatan Jalan Raya di Hulu Yam, di sini hari ini.

Arsad berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap kesemua individu itu.

“Kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kenyataan sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor memaklumkan, Polis Diraja Malaysia tidak lagi memberi amaran, sebaliknya akan terus menangkap individu yang gagal mematuhi PKP.

Katanya, polis diberi tanggungjawab memastikan pelaksanaan PKP dipatuhi dan merupakan cabaran tinggi buat pasukannya.

Artikel Berkaitan: