'Tahniah Marhamah Rosli, banyak jasa kepada saya' - Ibu Zara Qairina

KOTA KINABALU - Ibu kepada Zara Qairina Mahathir, yang selama ini mendapat sokongan padu daripada aktivis Ustazah Marhamah Rosli, mengucapkan tahniah kepada tokoh berkenaan atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Noraidah Lamat, 45, menzahirkan penghargaan itu menerusi hantaran di Facebook, sambil mengimbas jasa dan sokongan yang diberikan Marhamah sepanjang tempoh sukar yang dihadapinya.
"Alhamdulillah. Tahniah puan, banyak jasa puan ini kepada saya. Hanya ALLAH SWT yang mampu membalasnya," katanya sambil berkongsi artikel pelantikan Marhamah yang baru diumum membarisi Kabinet Kerajaan Perpaduan pada Selasa.
Dalam masa sama, Noraidah turut menegaskan bahawa perjuangan menuntut keadilan buat anaknya masih diteruskan, dengan laungan #JusticeForZara yang menurutnya terus bergema dan tidak pernah terpadam.
Sebelum itu, Marhamah antara individu terawal membantu memberi sokongan kepada Noraidah selepas anaknya, Zara Qairina yang bersekolah di sebuah sekolah menengah agama di Papar disahkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu.
Zara Qairina yang juga pelajar Tingkatan Satu sebelum itu ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolah tersebut.
Ringkasan AI
- Ibu kepada Zara Qairina Mahathir, mendapat sokongan padu dari Ustazah Marhamah Rosli
- Noraidah Lamat mengucapkan tahniah kepada Marhamah atas pelantikan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
- Noraidah mengimbas jasa dan sokongan Marhamah sepanjang tempoh sukar yang dihadapinya
- Perjuangan menuntut keadilan buat anaknya, Zara Qairina, masih diteruskan dengan laungan #JusticeForZara
- Zara Qairina meninggal dunia dan sebelum itu ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolah di Papar
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
