Jasa bukan alasan biarkan sesiapa rompak harta rakyat, negara - Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
A
A
A

KUALA LUMPUR -  Tiada pihak boleh dibiarkan merompak atau "menyakau” harta rakyat dan negara sekalipun mempunyai jasa selama ratusan tahun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata, sikap berkompromi terhadap amalan rasuah semata-mata bersandarkan kepada jasa adalah bercanggah sama sekali dengan ajaran Islam.

"Tolerance for evil inilah yang merosakkan kita. Kita yang benci dan menentang rasuah perlu bersuara lebih lantang, sampaikan mesej jelas bahawa tempat pelaku rasuah di penjara,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Perdana Menteri turut berkongsi petikan ucapan beliau pada Forum Ilmuwan MADANI Siri 14, mengenai bahaya sikap serba membiarkan atau permissiveness seperti yang pernah diungkapkan tokoh pemikir dan mantan pemimpin Indonesia, Mohammad Natsir.

"Saya selalu peringatkan apa yang pernah disebut pemimpin Indonesia, Muhammad Natsir sebagai budaya permissiveness. Semua okey. Rosak sikit, okey. Curi sikit, okey. Sikit berapa? Bilion, okey. Jadi, this tolerance for evil yang merosakkan kita," katanya. - Bernama

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!