Kegiatan seludup RXZ 'lumpuh' sejak pangkalan haram di Sungai Golok ditutup

KOTA BHARU - Kegiatan penyeludupan motosikal jenis Yamaha RXZ dari Thailand 'lumpuh' sejak polis menutup pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok di negeri ini pada 1 Disember tahun lalu.
Perkara itu diakui oleh Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah yang melihat kegiatan itu semakin sukar dilakukan.
"Sejak Polis Kelantan tutup pangkalan haram, aktiviti penyeludupan menjadi semakin sukar untuk dilakukan. Sebelum ini sindiket penyeludupan menggunakan sampan untuk membawa masuk RXZ secara tidak sah," katanya semasa sidang akhbar ketika ditemui sempena Minggu Ops Gerak Kebangsaan sempena Hari Ozon Sedunia 2025 di sini pada Khamis malam.
Menurut beliau, berkemungkinan besar sindiket penyeludupan akan beralih kepada kegiatan membawa masuk aksesori.
Katanya, bagaimanapun setakat hari ini pihaknya belum ada rekod kegiatan tersebut.
Mohd Misuari memberitahu, pihaknya menyokong penuh tindakan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat menutup pangkalan haram.
Ringkasan AI
- Kegiatan penyeludupan motosikal Yamaha RXZ dari Thailand lumpuh sejak polis menutup pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok, Kelantan pada 1 Disember tahun lalu
- Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, menyatakan kegiatan penyeludupan menjadi sukar dilakukan sejak penutupan pangkalan haram
- Sebelum penutupan, sindiket penyeludupan menggunakan sampan untuk membawa masuk RXZ secara tidak sah
- Sindiket penyeludupan mungkin beralih kepada kegiatan membawa masuk aksesori selepas penutupan pangkalan haram
- JPJ Kelantan menyokong penuh tindakan Ketua Polis Kelantan menutup pangkalan haram
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

