MPKL jalankan pembersihan, nyahkuman secara berperingkat

Majlis Perbandaran Kuala Langat
Majlis Perbandaran Kuala Langat
A
A
A

KUALA LANGAT - Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) akan menjalankan kerja-kerja pembersihan dan nyahkuman (dikontiminasi) terhadap semua aset pihak berkuasa tempatan (PBT) itu termasuk pasar awam bermula di Pasar Awam Banting hari ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Mohamad Zain A Hamid berkata, Mesyuarat Majlis Tindakan Khas Covid-19 telah mengarahkan semua PBT mengambil langkah pembersihan dan nyahkuman terhadap semua fasiliti dan aset milik PBT.

"Semburan di Pasar Awam Banting akan dilakukan setiap hari bermula pada 28 Mac pada jam 4 petang.

"Peniaga dikehendaki mengemas dan menyimpan barang perniagaan sendiri. Keselamatan barangan perniagaan adalah tanggungjawab mereka dan tiada tuntutan boleh dibuat jika berlaku kerosakan, " katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, peniaga tidak dibenarkan berada di kawasan pasar ketika kerja-kerja pembersihan dan nyahkuman dijalankan.

"Orang ramai diminta mematuhi arahan ini bagi mengelakkan penguatkuasaan dikenakan," katanya.

Artikel Berkaitan: