Lelaki maut kebakaran tinggal bersendirian sejak 2021

Anggota bomba terpaksa menggunakan dua pam angkut dan pam jentera bagi menyalurkan air ke unit terbabit.
Anggota bomba terpaksa menggunakan dua pam angkut dan pam jentera bagi menyalurkan air ke unit terbabit.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lelaki yang ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah unit kondominium di Mont Kiara di sini pada Rabu, dipercayai tinggal bersendirian.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, mangsa berusia 38 tahun dan bekerja sebagai pelukis tinggal di kondominium itu sejak 2021.

"Mangsa belum berkahwin dan kali terakhir berhubung dengan keluarganya pada 6 Disember lalu.

Chang Hook
Chang Hook

“Dia kali terakhir menghubungi keluarganya pada jam 1 tengah hari Sabtu lalu,” katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Terdahulu, lelaki berkenaan ditemukan di bahagian balkoni dalam keadaan melecur 100 peratus dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem NG999 berhubung kebakaran itu.

Susulan itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas bersama BBP Menjalara, BBP Sentul dan BBP Taman Tun Dr. Ismail digerakkan ke lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Kebakaran di sebuah unit kondominium di Mont Kiara di sini pada Rabu.
Kebakaran di sebuah unit kondominium di Mont Kiara di sini pada Rabu.

Setiba di tingkat 26 bangunan berkenaan, pasukan mendapati sebuah unit sedang marak terbakar.

Operasi pemadaman dan penyelamatan dimulakan serta-merta, namun berdepan kesukaran berikutan sistem pencegah kebakaran bangunan didapati tidak berfungsi dengan baik.

Katanya, anggota bomba terpaksa menggunakan dua pam angkut dan pam jentera bagi menyalurkan air ke unit terbabit.

Ringkasan AI

  • Lelaki rentung dalam kebakaran kondominium di Mont Kiara tinggal bersendirian
  • Mangsa berusia 38 tahun bekerja sebagai pelukis dan tinggal di kondominium sejak 2021
  • Lelaki tersebut belum berkahwin dan kali terakhir berhubung dengan keluarga pada 6 Disember lalu
  • Ditemukan di balkoni keadaan melecur 100 peratus dan meninggal dunia di lokasi kejadian
  • Pemadam kebakaran menghadapi kesukaran akibat sistem pencegah kebakaran bangunan tidak berfungsi baik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!