Unit kondominium di Mont Kiara terbakar, libatkan seorang mangsa

KUALA LUMPUR - Sebuah unit rumah di tingkat 27 sebuah kondominum dekat sini, terbakar dalam kejadian malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 8.46 malam yang dipercayai turut melibatkan seorang mangsa.
"Setakat ini api sudah berjaya dikawal dan anggota bomba masih berada di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hartamas dengan bantuan BBP Sentul, Titiwangsa, Taman Tun Dr Ismail dan Manjalara dikerahkan ke lokasi kejadian. - Bernama
Ringkasan AI
- Kuala Lumpur - Sebuah unit rumah di tingkat 27 sebuah kondominum dekat sini terbakar malam tadi
- Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan berhubung kejadian pada 8.46 malam
- Kejadian dipercayai turut melibatkan seorang mangsa
- Api sudah berjaya dikawal dan anggota bomba masih berada di lokasi kejadian
- Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hartamas, Sentul, Titiwangsa, Taman Tun Dr Ismail, dan Manjalara dikerahkan ke lokasi kejadian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
