Kebakaran kondo di Mont Kiara: Lelaki ditemui rentung di balkoni

Seorang lelaki ditemukan maut dalam kebakaran sebuah unit kediaman di tingkat 26 kondominium di Segambut di sini pada Rabu.
Seorang lelaki ditemukan maut dalam kebakaran sebuah unit kediaman di tingkat 26 kondominium di Segambut di sini pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemukan maut dalam kebakaran sebuah unit kediaman di tingkat 26 kondominium di Mont Kiara di sini pada Rabu.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur, panggilan kecemasan diterima melalui sistem NG999 pada jam 8.46 malam.

"Sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas bersama BBP Menjalara, BBP Sentul dan BBP Taman Tun Dr Ismail digerakkan ke lokasi," katanya.

Menurutnya, sebaik tiba, pasukan bomba mendapati api sedang marak di dalam unit berkenaan.

"Operasi pemadaman dan penyelamatan dilaksanakan segera namun Bomba menghadapi kesukaran ekoran sistem pencegah kebakaran bangunan tidak berfungsi dengan baik.

"Pasukan bomba terpaksa menggunakan dua pam angkut serta pam jentera bagi menyalurkan air ke unit terlibat," katanya.

Katanya, pasukan bomba kemudian menemukan seorang lelaki di bahagian balkoni dalam keadaan melecur seratus peratus.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi.

"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.03 pagi. Punca kejadian masih dalam siasatan Unit Forensik Bomba," katanya.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki ditemukan maut dalam kebakaran unit kediaman di Mont Kiara
  • Panggilan kecemasan diterima pada jam 8.46 malam
  • Pasukan bomba daripada beberapa balai digerakkan ke lokasi
  • Sistem pencegah kebakaran bangunan tidak berfungsi menyebabkan kesukaran pemadaman
  • Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.03 pagi, punca masih disiasat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!