19 maut bangunan kediaman tiba-tiba runtuh

Pasukan penyelamat menjalankan operasi mengesan mangsa lain yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di Maghribi pada Rabu. - Foto Saouri Aissa/Xinhua
Pasukan penyelamat menjalankan operasi mengesan mangsa lain yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di Maghribi pada Rabu. - Foto Saouri Aissa/Xinhua
A
A
A

RABAT - Sekurang-kurangnya 19 nyawa dilaporkan terkorban manakala 16 lagi cedera dalam runtuhan dua bangunan di bandar Fes, Maghribi pada Selasa lalu, lapor Gulf News.

Menurut laporan itu, bangunan empat tingkat yang menempatkan lapan keluarga itu runtuh di kejiranan Al-Mustaqbal sekitar jam 10 malam waktu tempatan.

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan kesemua mangsa yang tercedera dihantar ke hospital di Fez untuk rawatan kecemasan.

Runtuhan dua bangunan menyebabkan 19 penduduk terkorban. - Foto Saouri Aissa/Xinhua
Runtuhan dua bangunan menyebabkan 19 penduduk terkorban. - Foto Saouri Aissa/Xinhua

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan kemungkinan mangsa lain yang terperangkap.

Siasatan penuh kejadian turut dilancarkan bagi mengenal pasti punca sebenar runtuhan bangunan tersebut.

Untuk rekod, kejadian seumpama itu pernah berlaku di kawasan Al-Hassani, Mei lalu hingga mengorbankan sembilan penduduk.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sekurang-kurangnya 19 nyawa dilaporkan terkorban dalam runtuhan dua bangunan di bandar Fes, Maghribi
  • Bangunan empat tingkat yang menempatkan lapan keluarga runtuh di kejiranan Al-Mustaqbal
  • 16 orang cedera dalam kejadian tersebut dan dihantar ke hospital di Fez untuk rawatan kecemasan
  • Operasi mencari dan menyelamat diteruskan untuk mengesan kemungkinan mangsa lain yang terperangkap
  • Siasatan dilancarkan untuk mengenal pasti punca sebenar runtuhan bangunan tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!