Mulanya ceria, Inspektor Sheila tiba-tiba bertukar tegas

Inspektor Sheila hadir ke Mahkamah Majistret pada Rabu.
Inspektor Sheila hadir ke Mahkamah Majistret pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Inspektor Sheila tiba di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu dengan wajah ceria sambil tersenyum dan sempat menegur pihak media, namun nada mesranya berubah tegas sebaik menyedari gambarnya dirakam ketika hadir bagi menghadapi satu pertuduhan menghalang tugas anggota polis berpangkat Lans Koperal, minggu lalu.

Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 37, dilihat ceria apabila menegur jurugambar dengan ucapan mesra “selamat tengah hari semua”.

Sheila yang memakai blaus dan skirt berwarna merah jambu juga sempat bertanya khabar dan memberitahu "sebarang soalan boleh tanya saya nanti, okey".

"Senang bertemu kamu semua, ini hari yang baik, Malaysia,” kata Sheila, namun nadanya berubah setelah menghampiri lokap mahkamah.

“Adakah anda minta izin untuk mengambil gambar saya, anda tidak boleh mengambil gambar tanpa kebenaran saya.

"Anda dari media mana? Ambil gambar tanpa kebenaran saya, aiap kamu,” katanya tegas.

Sementara itu, peguam, M Manoharan yang mewakili Sheila berkata, anak guamnya ditahan pada jam 7.50 pagi Rabu sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Minggu lalu, tular video yang dimuat naik wanita berkenaan di laman sosial mendakwa anggota polis berkenaan mengugut seorang warga Pakistan yang penunggang motosikal.

Susulan itu, anggota polis berkenaan kemudian membuat laporan polis.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Inspektor Sheila tiba di Mahkamah Majistret dengan wajah ceria dan sempat menegur pihak media
  • Sheila berubah tegas saat menyedari gambarnya dirakam
  • Ditahan kerana menghalang tugas anggota polis berpangkat Lans Koperal
  • Peguam M Manoharan mewakili Sheila
  • Video yang tular mendakwa anggota polis mengugut warga Pakistan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!