Lelaki Bangladesh salah masuk tandas wanita ditahan

KULAI – Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan di Terminal Bas Kulai selepas didapati memasuki tandas wanita pada tengah hari Selasa.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, lelaki berkenaan dibawa ke balai berhampiran bagi membantu siasatan serta pemeriksaan dokumentasi.
"Hasil siasatan mendapati lelaki itu baru sahaja turun dari bas Kuala Lumpur dan memasuki tandas wanita secara tidak disengajakan.
"Lelaki tersebut membawa beg pakaian yang diletakkan di atas kerusi menunggu sebelum memasuki tandas dan ketika kejadian tiada wanita berada di dalam tandas," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Jelas beliau, lelaki berusia 35 tahun itu dibebaskan selepas selesai dokumentasi dan laporan polis dibuat.
Sebelum itu tular video memaparkan seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh ditahan orang awam selepas didakwa memasuki tandas wanita di Terminal Bas Kulai.
Lelaki tersebut kemudiannya diserahkan kepada anggota polis di lokasi terminal.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan di Terminal Bas Kulai kerana memasuki tandas wanita
- Lelaki tersebut dibawa ke balai polis bagi membantu siasatan
- Dia memasuki tandas wanita secara tidak sengaja selepas turun dari bas Kuala Lumpur
- Tiada wanita berada di dalam tandas semasa kejadian
- Lelaki berusia 35 tahun itu dibebaskan selepas dokumentasi dan laporan polis dibuat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

