Bupati mohon maaf pergi umrah semasa bencana

ACEH – Bupati Aceh Selatan, Mirwan M.S, memohon maaf secara terbuka selepas meninggalkan daerahnya untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah ketika bencana banjir dan tanah runtuh melanda kawasan itu.
Dalam video yang dimuat naik di Instagram rasminya @h.mirwan_ms_official, Mirwan menyampaikan permohonan maaf kepada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, Menteri Dalam Negeri, Tito Karnavian, Gabenor Aceh, Muzakir Manaf, serta seluruh rakyat Aceh Selatan.
Beliau mengakui tindakannya menimbulkan keresahan dan kekecewaan awam.
Bupati itu menegaskan beliau akan terus bertanggungjawab terhadap pengurusan bencana dan berikrar memulihkan keyakinan masyarakat.
Sebelum berlepas, beliau telah mengemukakan permohonan izin perjalanan pada 24 November 2025, namun ditolak oleh pihak berkuasa Aceh kerana kawasan itu masih dalam status darurat bencana.
Kementerian Dalam Negeri Indonesia (kemendagri) menegaskan Mirwan akan dikenakan tindakan disiplin mengikut peraturan sedia ada, dengan tahap hukuman bergantung kepada 'keterlaluan' dan kesalahan perbuatan beliau, kata Ketua Pusat Penerangan Kemendagri, Benni Irwan. -Agensi
Ringkasan AI
- Bupati Aceh Selatan, Mirwan M.S, memohon maaf kerana menunaikan ibadah umrah semasa bencana banjir dan tanah runtuh
- Permohonan maaf disampaikan kepada Presiden Indonesia, Menteri Dalam Negeri, Gabenor Aceh, dan rakyat Aceh Selatan
- Mirwan mengakui tindakannya menimbulkan keresahan dan kekecewaan
- Beliau berikrar akan bertanggungjawab terhadap pengurusan bencana dan memulihkan keyakinan masyarakat
- Mirwan telah mengajukan permohonan izin perjalanan yang ditolak dan akan dikenakan tindakan disiplin oleh Kemendagri
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

