Gerindra pecat Bupati Aceh Selatan tunai umrah ketika bencana banjir

Tindakan Mirwan (dua dari kanan) menunaikan umrah ketika Aceh Selatan masih digenangi banjir mencetuskan kritikan banyak pihak. Foto Agensi
Tindakan Mirwan (dua dari kanan) menunaikan umrah ketika Aceh Selatan masih digenangi banjir mencetuskan kritikan banyak pihak. Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Sekretaris Jenderal (Sekjen) Parti Gerindra, Sugiano pada Jumaat mengambil langkah tegas terhadap Bupati Aceh Selatan, Mirwan MS yang memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Pimpinan Cabang (DPC) di daerah tersebut.

Mirwan telah dipecat setelah ramai mempersoalkan tindakannya yang mengerjakan umrah ketika bencana banjir lumpur dan tanah runtuh melanda Kabupaten Aceh Selatan, Indonesia.

Keputusan itu dibuat setelah banyak pihak mengkritik ketidakhadiran Mirwan di daerahnya sebagai satu bentuk kelalaian tugas.

Kekecewaan serupa turut dizahirkan pemerintah pusat.

Kepala Pusat Penerangan (Kapuspen) Kementerian Dalam Negeri, Benny Irwan berkata, tindakan Mirwan tidak sepatutnya dilakukan ketika masyarakat masih menderita.

"Kami amat kesal selepas mengetahui keberadaannya di Tanah Suci melalui laporan media," ujar Benny.

Beliau juga menjelaskan Aceh Selatan merupakan salah sebuah wilayah teruk terjejas bencana dahsyat tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sekjen Parti Gerindra, Sugiano, telah memecat Bupati Aceh Selatan, Mirwan MS Mirwan dipecat kerana mengerjakan umrah semasa bencana banjir lumpur dan tanah runtuh di Aceh Selatan
  • Banyak pihak mengkritik ketidakhadiran Mirwan sebagai bentuk kelalaian tugas
  • Pemerintah pusat turut kecewa dengan tindakan Mirwan
  • Kapuspen Kementerian Dalam Negeri menyatakan Aceh Selatan teruk terjejas dan tindakan Mirwan tidak sepatutnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!