Selangor, Jojo rangka pembangunan sukan Muay Thai

Najwan (kiri) mengadakan pertemuan dengan Jojo di pejabatnya pada Selasa.
Najwan (kiri) mengadakan pertemuan dengan Jojo di pejabatnya pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bersedia memperkukuh pembangunan sukan Muay Thai menerusi kerjasama lebih tersusun bersama atlet muda sensasi negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo yang kini menjalani latihan sepenuh masa di Thailand.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi berkata, perkara itu dibincangkan ketika menerima kunjungan Jojo bersama ibu bapanya di pejabat beliau pada petang Selasa.

Beliau berkata, pertemuan itu membuka ruang perbincangan lebih mendalam mengenai pembangunan sukan Muay Thai di negeri itu merangkumi keperluan kejurulatihan, fasiliti kecergasan, pusat latihan dan penganjuran acara berkaitan.

"Jojo turut menyatakan hasrat untuk memainkan peranan lebih aktif dalam membangunkan ekosistem sukan Muay Thai di Malaysia khususnya di Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Najwan berkata, kerajaan negeri menyambut baik komitmen itu dan bersedia memacu kerjasama pada masa depan.

"Kita akan menyokong penuh dan memperkasa sukan ini secara lebih praktikal dan berstruktur," ujar beliau.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kerajaan Selangor bersedia memperkukuh pembangunan sukan Muay Thai melalui kerjasama dengan Muhammad Johan Ghazali Zulfikar
  • Pertemuan antara Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor dengan Jojo bersama ibu bapanya membincangkan keperluan pembangunan sukan Muay Thai
  • Perbincangan meliputi kejurulatihan, fasiliti kecergasan, pusat latihan dan penganjuran acara Muay Thai
  • Jojo ingin memainkan peranan aktif dalam pembangunan ekosistem sukan Muay Thai di Malaysia, khususnya di Selangor
  • Kerajaan negeri menyatakan kesediaan untuk memacu kerjasama dan menyokong penuh pembangunan sukan Muay Thai secara lebih praktikal serta berstruktur

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!