JPJ lantik ejen kutipan? Pemuda UMNO persoal keperluan pihak ketiga

Muhamad Akmal
Muhamad Akmal
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO mempersoalkan pelantikan sebuah syarikat sebagai ejen kutipan yang diberi kuasa oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pelantikan rasmi oleh Kementerian Pengangkutan itu diumumkan syarikat tersebut pada Isnin yang kini menjadi ejen kutipan sah bagi urusan JPJ.

Susulan pengumuman tersebut, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, apa rasional lantikan ejen luar sedangkan urusan kutipan melalui aplikasi JPJ selama ini didakwanya diuruskan sendiri oleh jabatan berkenaan.

“Selama ini yang kita bayar melalui apps JPJ itu siapa yang uruskan? Jika pihak JPJ sendiri yang uruskan, apakah keperluan untuk melantik ejen kutipan?,” soalnya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Selasa.

Beliau turut membangkitkan kebimbangan mengenai trend pelantikan pihak ketiga dalam urusan kerajaan.

“Ke memang semua zaman ini nak kena lantik ejen? Tahniah lah yer,” ujar beliau.

Setakat ini, pihak Kementerian Pengangkutan dan JPJ belum mengeluarkan sebarang maklum balas terhadap persoalan yang dibangkitkan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pemuda UMNO mempersoalkan pelantikan sebuah syarikat sebagai ejen kutipan yang diberi kuasa oleh JPJ
  • Pelantikan rasmi ejen kutipan oleh Kementerian Pengangkutan itu menimbulkan reaksi negatif
  • Ketua Pemuda UMNO mempersoalkan rasional pelantikan ejen luar untuk kutipan sedangkan urusan kutipan selama ini didakwa diuruskan sendiri oleh JPJ
  • Beliau membangkitkan kebimbangan tentang trend pelantikan pihak ketiga dalam urusan kerajaan
  • Sehingga kini, tiada maklum balas Kementerian Pengangkutan dan JPJ terhadap persoalan yang dibangkitkan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!