Tsunami dikesan di Aomori, Hokkaido selepas gempa bumi 7.6 magnitud landa Jepun

TOKYO - Gempa bumi dengan magnitud awal 7.6 melanda timur laut Jepun lewat malam Isnin, dengan ombak tsunami setinggi 40 sentimeter (cm) direkodkan di kawasan sepanjang pantai Pasifik, menurut agensi cuaca negara itu, lapor Xinhua.
Gempa bumi itu berlaku pada 11.15 malam waktu tempatan pada kedalaman 50 kilometer, dan mencatatkan intensiti 6 atas pada skala seismik Jepun yang berjumlah tujuh di kawasan paling teruk terjejas, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Agensi itu telah mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan pantai di wilayah Hokkaido, Aomori dan Iwate, dengan ombak dijangka mencapai ketinggian tiga meter.
Gelombang tsunami setinggi 40 cm telah dikesan di luar pesisir wilayah Aomori dan Hokkaido, kata JMA.
Tiada keabnormalan dikesan di loji nuklear Fukushima, Higashidori dan Onagawa, lapor penyiar awam NHK.
Nasihat tsunami turut dikeluarkan untuk wilayah Miyagi dan Fukushima susulan gempa kuat itu, menurut JMA. - Bernama-Xinhua
Ringkasan AI
- Gempa bumi dengan magnitud awal 7.6 melanda timur laut Jepun lewat malam Isnin
- Ombak tsunami setinggi 40 sentimeter direkodkan di kawasan sepanjang pantai Pasifik
- Amaran tsunami dikeluarkan untuk kawasan pantai di wilayah Hokkaido, Aomori dan Iwate
- Tsunami setinggi 40 cm telah dikesan di luar pesisir wilayah Aomori dan Hokkaido
- Tiada keabnormalan dikesan di loji nuklear Fukushima, Higashidori dan Onagawa
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
