Gempa kuat 7.2 magnitud gegar Jepun, cetus amaran tsunami

TOKYO - Gempa berkekuatan 7.2 skala Richter menggegarkan luar pantai utara Jepun hingga mencetuskan amaran tsunami.
Agensi Meteorologi di Tokyo mengesahkan, pusat gempa terletak di luar pantai wilayah Aomori dan gegaran kuat itu berlaku pada jam 11.15 malam (waktu tempatan) Isnin.
"Pusat gempa terletak kira-kira 50 kilometer di bawah dasar laut Gempa susulan turut direkodkan," ujarnya lagi.
Susulan itu, pihak berkuasa memberi amaran tentang potensi gelombang tsunami setinggi 3 meter yang dijangka melanda kawasan pesisir pantai.
Ia menggesa komuniti di kawasan dataran rendah supaya segera berpindah ke lokasi lebih tinggi.
Gegaran itu turut mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai termasuk pelancong - Agensi
Ringkasan AI
- Gempa berkekuatan 7.2 skala Richter menggegar luar pantai utara Jepun
- Agensi Meteorologi di Tokyo mengesahkan pusat gempa terletak di luar pantai wilayah Aomori
- Pusat gempa terletak kira-kira 50 kilometer di bawah dasar laut dan gempa susulan turut direkodkan
- Pihak berkuasa memberi amaran tentang potensi gelombang tsunami setinggi 3 meter
- Gegaran itu mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai termasuk pelancong
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

