Gajah bantu bersihkan sisa kayu pascabanjir di Aceh

ACEH – Pasukan gajah Sumatera terlatih dikerah ke beberapa kawasan terjejas di Aceh bagi membantu membersihkan timbunan kayu, lumpur dan serpihan besar yang ditinggalkan banjir besar hujung November lalu.
Langkah itu diambil selepas kerja pembersihan sebahagian kawasan sukar diakses jentera berat, terutama di laluan sempit yang dipenuhi pokok tumbang serta sisa runtuhan yang menyekat jalan utama.
Menurut pihak konservasi setempat, gajah-gajah ini sudah lama dilatih untuk operasi penyelamatan alam sekitar dan terbukti mampu mengangkat serta menolak beban besar dengan lebih cekap berbanding mesin, khususnya di kawasan berbukit.

Operasi pembersihan kini memberi tumpuan kepada kampung-kampung yang terputus hubungan akibat laluan rosak teruk.
Pasukan gajah membantu membuka jalan bagi memudahkan penghantaran bekalan asas serta mempercepat misi bantuan kepada penduduk.

Banjir yang dicetuskan hujan lebat dan aliran deras dari kawasan pergunungan menyebabkan kerosakan meluas, dengan ratusan rumah rosak dan berpuluh penduduk terpaksa dipindahkan.
Pihak berkuasa menjangkakan kerja pembersihan akan mengambil masa beberapa minggu, namun penglibatan gajah Sumatera dijangka mempercepat pemulihan di kawasan kritikal. - Agensi
Ringkasan AI
- Pasukan gajah Sumatera terlatih membantu pembersihan pasca banjir di Aceh
- Jentera berat sukar diakses di kawasan terjejas, gajah lebih efektif menangani sisa runtuhan
- Gajah dilatih untuk operasi penyelamatan dan mampu mengangkat beban besar di kawasan berbukit
- Operasi fokus kepada pemulihan kampung terputus hubungan dan memudahkan penghantaran bantuan
- Penglibatan gajah dijangka mempercepat pemulihan kawasan kritikal pasca banjir
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

