PPAS nafi terlibat kontroversi Anugerah Buku Negara

SHAH ALAM – Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menegaskan pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kontroversi Anugerah Buku Negara 2024-2025 serta dakwaan kewujudan buku mengandungi unsur plagiat yang tular di media sosial berkaitan Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2025 (SIBF 2025).
PPAS menjelaskan isu yang ditularkan itu melibatkan dakwaan penggunaan tandatangan Perdana Menteri dan penyampaian anugerah kepada individu yang dipertikaikan kredibilitinya, namun menegaskan bahawa pihak urus setia langsung tidak terbabit dalam proses pemilihan, penjurian mahupun pengurusan teknikal anugerah berkenaan.
"PPAS hanya menyediakan ruangan aktiviti pentas secara percuma kepada organisasi yang mempunyai tema berkaitan SIBF 2025, dan penganjuran Anugerah Buku Negara bukan sebahagian daripada program rasmi SIBF.
"Anugerah tersebut sebelum ini turut pernah dianjurkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 2023," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Berhubung dakwaan kewujudan buku plagiat di SIBF 2025, PPAS menjelaskan perkara itu berlaku di luar kawalan bidang kuasa urus setia, namun mereka sudah merujuk isu berkenaan kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya.
PPAS menegaskan bahawa nilai integriti perlu dipertahankan, terutama apabila melibatkan hasil karya yang akan diwariskan kepada generasi akan datang, justeru semua pihak diminta bertanggungjawab dan berhati-hati dalam menangani isu seumpama itu.
ends
Ringkasan AI
- Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) tidak terlibat dalam kontroversi Anugerah Buku Negara 2024-2025 dan isu plagiat
- PPAS tidak terbabit dalam proses pemilihan, penjurian atau pengurusan teknikal anugerah tersebut
- PPAS menyediakan ruangan aktiviti pentas secara percuma kepada organisasi berkaitan SIBF 2025 tanpa melibatkan diri dalam penganjuran Anugerah Buku Negara
- Anugerah Buku Negara juga pernah dianjurkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 2023
- PPAS telah merujuk isu plagiat kepada pihak berkuasa dan menekankan kepentingan nilai integriti dalam karya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

