Lelaki maut kereta dihempap mesin cerucuk

SIBU - Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya dihempap mesin cerucuk di Kampung Peruan, Long Tuma, Lawas petang Ahad.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, mangsa, Bili Muli, 31, ditemukan tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Lawas.
"Bomba menerima panggilan kejadian pada 4.55 petang. Enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lawas berserta jentera tiba di lokasi yang jaraknya lapan kilometer dari balai bomba itu pada 5.03 petang,” menurut PGO.
Mangsa dikeluarkan daripada kenderaan itu menggunakan peralatan khas kemalangan jalan raya (RTA) bagi memudahkan kerja-kerja pemotongan kenderaan.
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada 6.45 petang. - Bernama
Ringkasan AI
- Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya dihempap mesin cerucuk di Kampung Peruan, Long Tuma, Lawas
- Mangsa, Bili Muli, 31, ditemukan tersepit di tempat duduk pemandu
- Disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Lawas
- Bomba menerima panggilan kejadian dan enam anggota berserta jentera tiba di lokasi dalam masa kurang 10 minit
- Operasi penyelamatan melibatkan penggunaan peralatan khas dan tamat pada 6.45 petang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
