Lelaki maut kereta dipandu terbabas

Keadaan kereta mangsa di lokasi kejadian. - Foto: IPD Batu Pahat
Keadaan kereta mangsa di lokasi kejadian. - Foto: IPD Batu Pahat
A
A
A

BATU PAHAT – Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas di kilometer (km) 115, Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) di Yong Peng di sini pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, kejadian dipercayai berlaku pada jam 7 pagi.

Katanya, mangsa dalam perjalanan dari Rembau, Negeri Sembilan menghala ke Pasir Gudang, Johor.

“Setibanya di tempat kejadian iaitu di jalan yang berselekoh, pemandu dipercayai telah hilang kawalan dan mengakibatkan kereta yang dipandu terbabas sendiri ke tepi jalan.

“Akibatnya, pemandu kereta seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan dada,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Shahrulanuar Mushaddat berkata, lelaki terbabit kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Pagoh.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!