Bapa perkosa anak kandung 11 tahun hingga hamil

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun menjadi mangsa kerakusan nafsu bapa kandungnya sendiri. Gambar hiasan
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun menjadi mangsa kerakusan nafsu bapa kandungnya sendiri. Gambar hiasan
A
A
A

DEMAK - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun menjadi mangsa kerakusan nafsu bapa kandungnya sendiri.

Mangsa, PBA di Kecamatan Sayung, Demak, Jawa Tengah di Indonesia dipercayai telah diperkosa hingga sarat hamil dengan usia kandungannya sudah mencecah 32 minggu.

Kasatreskrim Polres Demak, Iptu Anggah Mardwi Pitriyono berkata, pelakunya dikenali sebagai FS, 35.

"Kes itu terbongkar selepas seorang guru berasa curiga melihat perubahan tubuhnya. Dia kemudiannya melakukan ujian kehamilan dan keputusannya mengejutkan.

"Pihak sekolah bertindak memaklumkan kepada kedua-dua ibu bapanya dan pemerintah desa setempat.

"Tidak lama selepas itu, kami menerima laporan tentang pemerkosaan dilakukan FS terhadap mangsa," ujarnya pada Jumaat sambil menambah pelaku yang bekerja di Gresik, Jawa Timur telah diberkas untuk membantu siasatan.

Menurutnya, mangsa yang masih bersekolah di Sekolah Dasar (SD) kini mengalami trauma yang teruk. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Demak, Jawa Tengah, Indonesia menjadi mangsa pemerkosaan oleh bapa kandungnya
  • Mangsa, dikenali sebagai PBA, kini hamil 32 minggu akibat perbuatan tersebut
  • Pelaku pemerkosaan adalah FS, bapa kandung berusia 35 tahun
  • Kes ini terbongkar setelah seorang guru merasa curiga akan perubahan pada tubuh mangsa
  • Mangsa yang masih bersekolah di Sekolah Dasar mengalami trauma yang teruk

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!