Dua kanak-kanak perempuan hilang ditemui selamat

Kanak-kanak terbabit ditemui dalam keadaan selamat oleh penduduk kampung.
Kanak-kanak terbabit ditemui dalam keadaan selamat oleh penduduk kampung.
A
A
A

KUCHING - Dua kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan hilang sejak pagi Sabtu, ditemui selamat oleh penduduk kampung di Batu Gelongan, berhampiran kawasan pantai di sini pagi Ahad.

Humaira Qalesya Mohd Dir dan Nur Ashafieya Aisyah Abd Nasru Asrafie, kedua-duanya dari Kampung Pasir Pandak, ditemukan sekitar jam 9 pagi sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan.

Dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ditemukan selamat di Batu Gelongan berhampiran kawasan pantai pada Ahad.
Dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ditemukan selamat di Batu Gelongan berhampiran kawasan pantai pada Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kedua bermula pada jam 8 pagi dengan kehadiran pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya.

“Sekitar jam 9.05 pagi, komander operasi memaklumkan kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan selamat oleh penduduk kampung, kira-kira satu kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

“Ambulans dan pasukan penyelamat tiba tidak lama kemudian sebelum membawa kedua-dua kanak-kanak berkenaan ke Hospital Umum Sarawak bagi rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Kanak-kanak terbabit diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.
Kanak-kanak terbabit diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, berikutan penemuan itu, operasi yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Unit K9 serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.06 pagi.

 

 

Ringkasan AI

  • Dua kanak-kanak perempuan berusia lima tahun hilang ditemui selamat di Batu Gelongan
  • Kedua-dua kanak-kanak dari Kampung Pasir Pandak ditemukan pada jam 9 pagi dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak
  • Operasi mencari dan menyelamat memasuki hari kedua dengan kehadiran pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya
  • Kanak-kanak tersebut ditemui oleh penduduk kampung kira-kira satu kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Bencana
  • Operasi SAR yang melibatkan PDRM, Unit K9, dan APM ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.06 pagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!