Foodpanda nafi penghantar makanannya positif Covid-19

Kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia petang tadi.
Kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia petang tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia menafikan beberapa maklumat palsu yang tersebar mengaitkan seorang penghantar makanan di Jalan Kelang Lama dijangkiti koronavirus (Covid-19).

Melalui kenyataan media dikeluarkan Pasukan Respon Pantas kementerian tersebut, Foodpanda Malaysia menafikan dakwaan tular mengaitkan stafnya dijangkiti wabak berkenaan.

Selain itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara menafikan pernah mengeluarkan kenyataan atau mesej menyatakan Selangor dijangka akan 'fully locked down'.

"Ini (kononnya) disebabkan terlalu banyak kes Covid-19 dan kononnya telah diperkenan oleh DYMM Sultan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah," kata kenyataan itu yang dikeluarkan sebentar tadi.

Dalam masa sama, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sarawak dalam kenyataan sama turut menafikan bahawa Wisma Satok diisytihar sebagai Zon Merah Covid-19.

Artikel Berkaitan: