Tiga senator dilantik semula teruskan tugasan mustahak, galas agenda reformasi negara - PMO

Laporan Sinar Harian mengenai tiga menteri angkat sumpah sambung penggal kedua Senator pada Rabu.
Laporan Sinar Harian mengenai tiga menteri angkat sumpah sambung penggal kedua Senator pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pelantikan semula tiga tokoh utama iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua, yang berkuat kuasa pada Rabu.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, pelantikan semula itu membolehkan ketiga-tiga mereka meneruskan tugasan mustahak demi kesinambungan dasar, tatakelola serta agenda reformasi negara selaras dengan gagasan Malaysia Madani.

Pada masa sama, Perdana Menteri memaklumkan bahawa senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan Madani akan diputuskan kelak selepas melalui proses penelitian yang cermat dan berhemah.

Keputusan itu, tegas beliau, hanya akan dibuat berlandaskan kepentingan rakyat serta hala tuju reformasi negara.

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pelantikan semula tiga tokoh utama sebagai Ahli Dewan Negara
  • Pelantikan semula ini membolehkan penerusan tugasan mustahak bagi kesinambungan dasar, tatakelola dan agenda reformasi negara
  • Pelantikan semula itu selaras dengan gagasan Malaysia Madani
  • Senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan Madani akan diputuskan selepas proses penelitian yang cermat
  • Keputusan pelantikan berlandaskan kepentingan rakyat serta hala tuju reformasi negara

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!