Kabinet Perpaduan Sabah mampu pacu kemakmuran, kemajuan - Hajiji

KOTA KINABALU - Kabinet Perpaduan Sabah yang baru dibentuk akan memacu kemakmuran dan kemajuan Sabah bagi tempoh lima tahun akan datang, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
Beliau berkata, keyakinan tersebut didorong oleh pencapaian pembangunan dan kemajuan yang telah dilaksanakan dalam tempoh lima tahun pada penggal lalu.
Menurutnya, kerajaan negeri sedia melancarkan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 yang holistik, inklusif dan komprehensif pada tahun 2026.
“Dengan pentadbiran baharu ini, saya dan anggota Kabinet akan memperteguh komitmen untuk mengekalkan kestabilan dan mendukung agenda politik berteraskan perpaduan serta pembangunan.
"Saya adalah Ketua Menteri untuk semua, berkhidmat kepada seluruh rakyat Sabah secara adil tanpa prejudis terhadap latar belakang, kaum atau agama mereka.” katanya dalam saru kenyataan media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet Negeri di Menara Kinabalu di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Hajiji turut mengumumkan portfolio bagi 17 Pembantu Menteri yang mengangkat sumpah pada Selasa.
SENARAI RASMI 17 PEMBANTU MENTERI
Jabatan Ketua Menteri
• Datuk Joniston Bangkuai (GRS)
• Datuk Isnin Aliasnih (GRS)
• Datuk Mandela Malakun (GRS)
Kerja Raya dan Utiliti
• Datuk Limus Jury (GRS)
• Dato’ Sri Dr. Ruddy Awah (GRS)
Kewangan
• Datuk Ben Chong (GRS)
• Datuk Ishak Ayub (STAR)
Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan
• Datuk Jonnybone Kurum (GRS)
Kerajaan Tempatan dan Perumahan
• Datuk Fairuz Renddan (Bebas)
• Datuk Maijol Mahap (Bebas)
Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan
• Datuk Haji Ruslan Muharam (GRS)
• Datuk Hendrus Anding (GRS)
Pembangunan Luar Bandar
• Datuk Samad Jambri (GRS)
• Datuk Juil Nuatim (GRS)
Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi
• Jordan Jude Ellron (Bebas)
Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
• Dr. Andi Rizal (GRS)
Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat
• Datuk Rina Jainal (Bebas)
Ringkasan AI
- Kabinet Perpaduan Sabah baru akan memacu kemakmuran dan kemajuan Sabah untuk lima tahun akan datang
- Dipacu oleh kejayaan pembangunan dalam penggal lalu, kerajaan negeri akan melancarkan Sabah Maju Jaya 2.0 pada tahun 2026
- Ketua Menteri komited kepada kestabilan, perpaduan, dan pembangunan merangkumi semua lapisan masyarakat Sabah
- Hajiji mengumumkan portfolio bagi 17 Pembantu Menteri yang baru sahaja mengangkat sumpah
- Portfolio tersebut merangkumi pelbagai sektor termasuk Kerja Raya dan Utiliti, Kewangan, Perindustrian, dan Pembangunan Luar Bandar
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

