Polis nafi pegawai sebar mesej perintah berkurung di Selangor

Polis menafikan mesej tular mendakwa perintah berkurung di Selangor tidak lama lagi susulan ramai pesakit Covid-19 dari negeri itu. - Foto Bernama
Polis menafikan mesej tular mendakwa perintah berkurung di Selangor tidak lama lagi susulan ramai pesakit Covid-19 dari negeri itu. - Foto Bernama
A
A
A

KLANG - Polis menafikan mesej tular mendakwa 'fully lockdown' yang kononnya disebarkan oleh seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, pihaknya mengesan mesej terbabit tersebar di media sosial Facebook dan WhatsApp.

"Kita menafikan sekeras-kerasnya sebarang mesej atau kenyataan sedemikian.

"Itu adalah berita palsu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, satu mesej berbahasa Inggeris menyatakan bahawa Selangor dijangka berdepan perintah berkurung tidak lama lagi kerana ramai pesakit Covid-19 dari negeri ini serta meminta orang ramai mencukupkan keperluan harian.

Artikel Berkaitan: