Banjir Kelantan pulih, semua PPS ditutup

KOTA BHARU - Situasi banjir di negeri ini pulih sepenuhnya selepas semua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup pada Selasa.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Mohd Farid Ishak berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) To' Deh, Rantau Panjang dan SK Kedai Tanjung, Pasir Mas menjadi lokasi terakhir yang ditutup.
"Kedua-dua pusat itu ditutup pada jam 3.30 petang tadi. Dua PPS itu menempatkan seramai 97 mangsa," katanya.
Menurut beliau, pada masa yang sama penduduk di negeri ini perlu bersiap sedia menghadapi banjir gelombang seterusnya selepas ini.
Katanya, mereka diingatkan supaya sentiasa waspada dengan amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
"Jika air naik dengan cepat, segeralah bertindah ke PPS," katanya.
Ringkasan AI
- Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya dengan penutupan semua pusat pemindahan sementara pada Selasa
- PPS SK To' Deh, Rantau Panjang dan SK Kedai Tanjung, Pasir Mas adalah lokasi terakhir yang ditutup
- Dua PPS tersebut menempatkan seramai 97 mangsa banjir
- Penduduk diingatkan untuk bersedia menghadapi banjir gelombang seterusnya
- Penduduk disarankan agar sentiasa waspada dengan amaran daripada pihak berkuasa
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

