Covid-19: Sesi keluarga jumpa penghuni penjara tangguh

Keterangan gambar - Kenyataan Penjara Malaysia.
Keterangan gambar - Kenyataan Penjara Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Penjara Malaysia menangguhkan sementara sesi perjumpaan antara keluarga dan penghuni di institusi tahanan itu di seluruh negara bagi mencegah penularan koronavirus (Covid-19) masuk ke dalam institusi penjara.

Dalam satu kenyataan Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara Malaysia berkata, penangguhan tersebut berkuat kuasa hari ini sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan semula kemudian.

"Perkara ini termasuk juga lawatan ke Muzium Penjara Bandar Hilir, Melaka, program dan lawatan melibatkan pihak peguam, Polis Diraja Malaysia, kedutaan

dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Ini adalah langkah mencegah penularan wabak Covid-19 ke dalam institusi penjara. Kerjasama semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih dan sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali," kata kenyataan itu hari ini.

Tambah kenyataan itu, sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara itu juga boleh dirujuk kepada institusi-institusi penjara yang berkaitan.

Artikel Berkaitan: