Rumah dipecah masuk ketika PKP

Azhani menunjukkan pintu dapurnya yang berdekatan dengan tingkap pintu gelongsor rumah sewanya yang dipercayai menjadi laluan pencuri melarikan diri.
Azhani menunjukkan pintu dapurnya yang berdekatan dengan tingkap pintu gelongsor rumah sewanya yang dipercayai menjadi laluan pencuri melarikan diri.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi di sini kerugian kira-kira RM7,000 apabila rumah sewanya dipecah masuk pada 19 Mac lalu di Taman Jayakami, Jalan Stadium di sini.

Azhani Mohd Sabri, 39, berkata, beliau menyedari kejadian tersebut selepas tidak menjumpai beg tangannya semasa mencari di dalam rumah dan keretanya kira-kira jam 9 pagi.

Menurutnya, kali terakhir dia melihat beg tangannya adalah semasa baru pulang dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar bersama suaminya kira-kira jam 3 pagi.

"Kami ke hospital untuk hantar bekalan susu badan kepada bayi yang masih berada di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) kerana dilahirkan tidak cukup bulan.

"Pagi hari kejadian, saya hairan kerana tidak ada bunyi 'alarm' dari telefon bimbit dan kebetulan saya mahu tengok gambar bayi saya yang baru berusia 65 hari," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Azhani bersama laporan polis yang dibuatnya pada 19 Mac lalu.
Azhani bersama laporan polis yang dibuatnya pada 19 Mac lalu.

Menurutnya, kebiasaannya beg tangan itu diletakkan di bahagian kepala katil di biliknya, namun tiada ketika dicari.

"Saya cari di semua tempat di tingkat atas dan bawah rumah termasuk di dalam kereta, memang tidak jumpa.

Artikel Berkaitan:

"Selepas itu, ibu mentua saya beritahu pintu belakang di dapur terbuka semasa dia bangun kira-kira jam 5 pagi. Kemudian saya panik dan syak rumah dah kena pecah masuk," katanya.

Azharni yang tinggal hampir setahun lalu di kawasan itu percaya rumah sewanya dimasuki pencuri melalui tingkap pintu gelongsor sebelum membuka pintu dapur rumahnya untuk melarikan diri pada awal pagi.

"Dalam beg ada dua telefon bimbit, wang tunai RM750, sebentuk cincin emas dan beberapa dokumen penting lain seperti kad pengenalan, lesen memandu, kad bank dan sijil nikah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Katanya, kes jenayah masih tetap berlaku dalam tempoh PKP namun sedikit berkurangan berbanding tempoh hari biasa.