DAP Sabah tolak semua jawatan dalam Kerajaan Perpaduan

Anthony Loke
Anthony Loke
A
A
A

KOTA KINABALU – Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah tidak akan mengambil sebarang jawatan dalam Kerajaan Perpaduan Sabah.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada malam Isnin untuk membincangkan keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah.

Menurutnya, DAP menerima isyarat yang jelas dan tidak meragukan daripada para pengundi.

“Tidak dapat dinafikan bahawa pilihan raya kali ini mencerminkan krisis keyakinan yang serius terhadap DAP dan Pakatan Harapan.

“Para pemimpin dan anggota yang terlibat dalam kempen amat peka bahawa terdapat ketidakpuasan yang meluas dalam kalangan rakyat sepanjang tempoh berkempen.

“Berikutan perbincangan dan penilaian dalaman, kami akan mengumpulkan semua maklum balas yang diterima dan berusaha bersama dengan Perdana Menteri untuk mempercepat agenda reformasi dalam tempoh enam bulan akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Beliau berkata, dalam mesyuarat tersebut, DAP Sabah turut membentangkan keputusan mereka kepada CEC bahawa mereka tidak akan mengambil sebarang jawatan dalam kerajaan Sabah.

“Termasuk jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah lantikan.

“Para pemimpin DAP Sabah akan terus berkhidmat secara aktif kepada rakyat Sabah dan berusaha mengembalikan keyakinan rakyat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah tidak akan mengambil sebarang jawatan dalam Kerajaan Perpaduan Sabah
  • Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengumumkan keputusan ini selepas mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat
  • DAP menerima isyarat dari pengundi yang menunjukkan ketidakpuasan terhadap parti
  • Krisis keyakinan terhadap DAP dan Pakatan Harapan terungkap semasa pilihan raya
  • DAP Sabah akan berusaha mempercepat agenda reformasi dan mengembalikan keyakinan rakyat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!