Sabah tubuh Kerajaan Perpaduan

Joachim (kanan) membacakan senarai penuh Kabinet baharu Sabah pada sidang media di Kediaman Rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya pada Isnin.
Joachim (kanan) membacakan senarai penuh Kabinet baharu Sabah pada sidang media di Kediaman Rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya pada Isnin.
A
A
A

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah Satu, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam mengesahkan kerajaan Sabah yang dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) sebagai Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, kerajaan kini disertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) belum lagi menganggotai Kabinet kerajaan  Sabah.

"Ya, Kerajaan Perpaduan. Star belum," katanya dalam sidang media di Kediaman Rasmi Ketua Menteri Sabah, Sri Gaya pada Isnin.

Terdahulu beliau membacakan senarai penuh Kabinet seperti dilaporkan sebelum ini.

Senarai Kabinet baharu kerajaan Sabah:

Timbalan Ketua Menteri Satu merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam

Timbalan Ketua Menteri Dua merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun

Timbalan Ketua Menteri Tiga, Datuk Ewon Benedick, merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan

Artikel Berkaitan:

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Arifin Arif

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Rubin Balang

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk James Ratib

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Julita Mojungki

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Titingan

 

 

Ringkasan AI

  • Kerajaan Sabah yang baru dibentuk adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan gabungan pelbagai parti politik
  • Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) belum menjadi sebahagian daripada Kabinet kerajaan negeri
  • Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam diumumkan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah Satu dan Menteri Kerja Raya dan Utiliti
  • Timbalan Ketua Menteri Dua adalah Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Menteri Kewangan
  • Senarai Kabinet baharu juga merangkumi pelantikan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Menteri Pembangunan Luar Bandar, dan posisi penting lain

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!