Donald Trump diminta sumbang hotelnya kepada pesakit Covid-19

Donald Trump - Foto AFP
Donald Trump - Foto AFP
A
A
A

ARTIS Hollywood, Alyssa Milano menyuarakan pendapat meminta Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyumbangkan hotel miliknya sebagai tempat sementara untuk pesakit wabak koronavirus (Covid-19).

Pelakon drama bersiri Charmed menyatakan perkara itu di Twitter miliknya susulan melihat peningkatan jumlah kematian dan pesakit Covid-19.

"Berapa banyak hotel yang dimiliki Trump? Di New York contohnya, berapa hotel yang ia miliki?.

"Beliau sepatutnya menawarkan bantuan dengan mengubah hotelnya menjadi rumah sakit sampai pandemik Covid-19 ini berakhir. Kita perlukan lebih banyak katil, beliau memilikinya," kata Alyssa Milano.

Gabenor New York, Andrew Cuomo berkata, jumlah melebihi daripada 30,800 orang telah disahkan positif wabak di negeri itu, lapor Daily Mail.

Setakat ini, New York paling ramai dilaporkan dijangkiti wabak Covid-19.

Donald Trump dilaporkan memiliki kekayaan dalam bidang hartanah termasuk hotel di New York. Salah satunya hotelnya yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem iaitu 'Home Alone 2'.

Artikel Berkaitan: