Pelabur syarikat media Trump didakwa jalankan dagangan orang dalam

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

NEW YORK - Tiga pelabur dalam syarikat media Donald Trump didakwa atas pertuduhan dagangan orang dalam pada Khamis, dengan mengaut keuntungan haram AS$22 juta berdasarkan maklumat sulit yang mereka beritahu rakan semasa cuti berjudi, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Lelaki Florida Gerald Shvartsman, 45, Michael Shvartsman, 52, dan Bruce Garelick, 52, didakwa di mahkamah persekutuan Manhattan atas pertuduhan penipuan sekuriti yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Rizab Persekutuan (Fed) berkata, mereka membelanjakan berjuta-juta untuk membeli saham Digital World Acquisition Corporation pada Oktober 2021, selepas menyedari ia bergabung dengan Trump Media & Technology Group, yang memiliki Truth Social, suatu urus niaga yang membawa keuntungan lumayan.

Menurut Fed, Garelick berkongsi maklumat yang boleh diakses sebagai ahli lembaga Digital World dengan adik-beradik Shvartsman dalam skim berkenaan dengan ketiga-tiganya menjual saham untuk keuntungan besar beberapa minggu selepas perjanjian itu diumumkan secara terbuka.

Ketiga-tiga mereka secara tidak sah menasihati rakan-rakan yang mengikuti percutian ke Las Vegas serta pekerja Gerald Shvartsman di kedai bekalan perabot untuk turut serta dalam urus niaga itu, menurut dakwaan Fed..

Trump tidak dituduh mahu pun terlibat dalam kes itu, namun ia boleh menjejaskan penggabungan tertangguh yang menguntungkan bagi syarikat yang diasaskannya.

Tuduhan itu termasuk empat kes utama dagangan orang dalam yang diumumkan oleh pejabat Peguam AS Manhattan, Damian Williams, termasuk terhadap seorang pekerja Pfizer yang didakwa kerana membeli opsyen beli jangka pendek syarikat farmaseutikal selepas mengetahui secara sulit bahawa Paxlovid berjaya merawat Covid-19.

"Dagangan orang dalam bukanlah untuk memperoleh keuntungan yang cepat dan mudah. Ia belum pasti, tetapi penipuan dan satu yang tidak wajar. Ia tiket ke penjara,” kata Williams.

"Dan kami sedang berusaha untuk menyiasat dan mendakwa sesiapa sahaja yang memudaratkan pasaran kewangan,” katanya. - Bernama/dpa