Gara-gara biskut kacang, dua lelaki ditahan ingkar PKP

Peniaga kedai runcit di Kampung Kolam dan pelanggannya ditahan reman selama dua hari bermula hari ini dan esok.
Peniaga kedai runcit di Kampung Kolam dan pelanggannya ditahan reman selama dua hari bermula hari ini dan esok.
A
A
A

KANGAR - Gara-gara biskut kacang, seorang peniaga kedai runcit bersama pelanggannya masing-masing menjadi individu pertama di Perlis yang ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan koronavirus (Covid-19).

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Muhammad Halim Yatim berkata, kedua-dua individu tersebut ditahan reman selama dua hari bermula hari ini sehingga esok untuk membantu siasatan.

Menurutnya, peniaga berusia 64 tahun itu dan pelanggannya, 45, gagal memberi alasan yang munasabah semasa berada di sebuah kedai runcit di Kampung Kolam kira-kira 12.15 malam tadi.

"Semasa menjalankan tugas Op Covid -19, pasukan ternampak sebuah kedai runcit di Kampung Kolam yang masih beroperasi dan terdapat pelanggan di dalam kedai runcit sedang membeli makanan.

"Pemeriksaan mendapati seorang lelaki sedang membeli makanan sambil bersembang bersama seorang lagi lelaki dipercayai penjaga kedai itu selain mendapati terdapat sebungkus plastik biru di dalamnya berisi biskut kacang.

Muhammad Halim berkata, pemeriksaan badan ke atas kedua lelaki itu tidak menjumpai barang yang menyalahi undang-undang namun kedua-duanya gagal memberikan penerangan munasabah di mana ia melanggar PKP.

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya," katanya.

Artikel Berkaitan: