X

Kindly register in order to view this article
!

New South Wales pertimbang kuat kuasa lockdown

Perdana Menteri NSW, Gladys Berejiklian
A
A

SYDNEY - New South Wales (NSW) Australia mempertimbangkan untuk mengenakan perintah lockdown selepas negeri itu merekodkan 145 kes koronavirus (Covid-19) dan sumber jangkitan tidak dapat dikenal pasti, lapor agensi berita Xinhua pada Jumaat.

Sehingga jam 6.30 pagi ini, terdapat 13 kematian daripada 2,985 kes disahkan di Australia,186 kes baharu dilaporkan sejak 3 petang semalam, menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Australia.

Jabatan Kesihatan NSW pula mengumumkan terdapat 186 kes baharu Covid-19, membawa jumlah kes disahkan kepada 1,405. Ia termasuk 145 jangkitan antara komuniti namun, sumbernya tidak dapat dipastikan.

"Ia menunjukkan peningkatan jangkitan daripada sumber yang tidak diketahui," kata Perdana Menteri NSW, Gladys Berejiklian.

Tambah beliau, situasi itu amat membimbangkan dan bersedia untuk melaksanakan lockdown jika keadaan memerlukan.

Katanya lagi, tiada kapal persiaran dibenarkan menurunkan penumpang di NSW sehingga diberitahu kelak dan lebih ramai anggota polis akan dikerahkan untuk mengadakan rondaan.

Polis NSW boleh mengenakan denda AU$1,000 (individu) dan AU$5,000 (perniagaan) jika didapati melanggar arahan dikeluarkan pihak kesihatan awam atau kementerian. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!