Lima 'giant killer' tewaskan tokoh politik berpengaruh

Dari kiri James Ratib, Isnaraissah Munirah, Hong Jun dan Daud.
Dari kiri James Ratib, Isnaraissah Munirah, Hong Jun dan Daud.
A
A
A

SHAH ALAM – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada Sabtu menyaksikan lima tokoh politik berpengaruh pilihan parti masing-masing tumbang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.

Datuk Wong Hong Jun yang mewakili Parti Warisan (Warisan) berjaya mempertahankan kerusi DUN Tanjung Aru bagi penggal ketiga dengan majoriti 3,588 undi.

Beliau menewaskan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin, yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan memperoleh 2,532 undi dalam pertandingan sembilan penjuru itu.

Warisan juga berjaya mengekalkan kerusi DUN Bongawan menerusi Dr Daud Yusof bagi penggal ketiga dengan majoriti 938 undi meskipun ditentang oleh dua tokoh politik lain.

Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Tan Sri Anifah Aman, yang mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Timbalan Menteri Luar Bandar, Datuk Mohamad Alamin (Barisan Nasional – BN), gagal menawan kerusi itu apabila masing-masing memperoleh 4,604 dan 4,569 undi.

Warisan turut menawan kubu kuat BN di DUN Usukan menerusi wakilnya, Isnaraissah Munirah Majilis, yang juga Ahli Parlimen Kota Belud dengan majoriti 442 undi.

BN yang diwakili bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, gagal mempertahankan kerusi yang diwakilinya selama empat penggal itu apabila memperoleh 5,850 undi.

Sementara itu, GRS berjaya menepati ramalan apabila mempertahankan kerusi DUN Sugut yang dimenangi sejak PRN 2013 menerusi Datuk James Ratib dengan majoriti 2,783 undi.

Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan pengerusi negeri, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, terpaksa akur dengan pilihan rakyat Sabah apabila memperoleh 3,498 undi.

Artikel Berkaitan:

Media melaporkan pertarungan di Sugut itu menandakan kemunculan semula Ronald selepas 35 tahun, apabila kali terakhir berentap di kerusi berkenaan pada 1990, namun tewas dalam pertembungan lima penjuru kepada calon Parti Bersatu Sabah, Jublee Zen.

Dalam pada itu, bekas Ketua Pemuda GRS, Datuk Fairuz Renddan, berjaya membuktikan kewibawaannya apabila mempertahankan kerusi DUN Pintasan selepas namanya digugurkan daripada senarai calon parti itu.

Keputusannya bertanding sebagai calon Bebas berhasil selepas menewaskan calon pilihan GRS, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang juga bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan majoriti 1,070 undi.

Ringkasan AI

  • Keputusan PRN Sabah menyaksikan lima tokoh politik berpengaruh tumbang di kawasan DUN yang ditandingi
  • Datuk Wong Hong Jun dari Parti Warisan mempertahankan kerusi DUN Tanjung Aru dengan majoriti 3,588 undi
  • Warisan mengekalkan kerusi DUN Bongawan menerusi Dr Daud Yusof dengan majoriti 938 undi
  • Warisan menawan kubu kuat BN di DUN Usukan menerusi Isnaraissah Munirah Majilis dengan majoriti 442 undi
  • GRS mempertahankan kerusi DUN Sugut menerusi Datuk James Ratib dengan majoriti 2,783 undi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!