WQC 2025 dapat liputan media antarabangsa

Hafiz Maqsood Ahmed
Hafiz Maqsood Ahmed
A
A
A

SHAH ALAM - Penganjuran World #QuranCovention (WQC) 2025 mendapat liputan The Halal Times, platform media antarabangsa yang mempunyai pembaca dari lebih 190 negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hafiz Maqsood Ahmed berkata, persidangan WQC merupakan satu ruang kepada orang ramai untuk merenung al-Quran dengan cara releven dan hidup.

"Sebagai platform global yang sering membincangkan etika dan nilai yang membentuk ekonomi halal, kami secara tidak langsung tertarik kepada perhimpunan yang membawa prinsip al-Quran ke dalam perbualan dunia sebenar.

"Semangat acara ini memfokuskan pada renungan, hubungan dan panduan praktikal selari dengan jenis cerita yang kami cuba tonjolkan untuk pembaca global," katanya kepada Sinar Harian.

Hafiz yang juga Ketua Editor The Halal Times berkata, acara itu selari dengan misi editorial yang berpaksi kepada nilai keadilan, ketelusan, belas kasihan, dan tingkah laku ekonomi yang beretika sama dengan prinsip al-Quran.

"Konvensyen ini menyerlahkan asas yang sama menerusi perbincangan tentang kepimpinan, kesejahteraan komuniti, atau bagaimana al-Quran membimbing kita dalam kehidupan seharian.”Kami sering bercakap tentang apa yang kami panggil ‘ekonomi Qur’ani’ iaitu ekonomi yang diinspirasikan oleh etika al-Quran iaitu tanggungjawab, kejujuran, keadilan, dan penjagaan terhadap orang lain.

"WQC memberi kami peluang untuk meneroka idea-idea ini dengan lebih mendalam, lebih bersifat kemanusiaan, dan berkongsi dengan pembaca global kami," katanya.

Beliau berpandangan bahawa persidangan WQC berpotensi menunjukkan kepada dunia bahawa al-Quran bukan hanya teks yang dibaca tetapi panduan yang dihayati.

"Dengan menghimpunkan orang dari pelbagai usia, latar belakang dan pengalaman, konvensyen ini menjadi ruang yang mana nilai sejagat diperkukuhkan. “Apabila pandangan-pandangan ini dikongsi melalui platform antarabangsa, ia menjadi sebahagian daripada perbualan global yang lebih luas, jelas ia sesuatu sangat diperlukan oleh banyak komuniti di seluruh dunia hari ini dan masa depan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Hafiz berkata, media antarabangsa memainkan peranan penting dalam menunjukkan bahawa acara seperti WQC bukan sekadar inisiatif tempatan sebaliknya ia adalah sebahagian daripada gerakan yang lebih besar untuk menghayati panduan al-Quran yang bermakna.

"Apabila The Halal Times membuat liputan acara seperti ini, ia membolehkan idea yang dikongsi di Kuala Lumpur sampai kepada pembaca di London, Lagos, Jakarta, New York, Istanbul dan seterusnya.

"Penglibatan media ini dapat meningkatkan kredibiliti, menggalakkan kerjasama dan membantu komuniti belajar antara satu sama lain.

"Ia juga menunjukkan bahawa nilai yang menjadi inti al-Quran iaitu belas kasihan, keadilan, kerendahan hati dan khidmat akan terus menginspirasi perubahan positif di seluruh dunia dan menjadi sesuatu nilai yang kami bantu untuk memperkasakannya dan merealisasikan demi kelestarian ummah," katanya.

Ringkasan AI

  • World #QuranConvention 2025 mendapat liputan oleh The Halal Times, media antarabangsa
  • Konvensyen ini menyediakan platform untuk merenung dan menerapkan prinsip al-Quran dalam kehidupan
  • WQC seiring dengan misi The Halal Times tentang nilai keadilan, ketelusan dan etika
  • Acara ini diharapkan menujukkan al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian dan membawa perubahan positif
  • The Halal Times memainkan peranan penting dalam mempromosi nilai al-Quran secara global melalui liputan media

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!