PRN Sabah: Semua 882 pusat undi ditutup 5.30 petang

Petugas SPR membawa peti undi keluar dari Pulau Sepanggar menggunakan bot di Sabah Parks Jetty untuk dibawa ke pusat penjumlahan undi. - Foto Bernama
Petugas SPR membawa peti undi keluar dari Pulau Sepanggar menggunakan bot di Sabah Parks Jetty untuk dibawa ke pusat penjumlahan undi. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Kesemua 882 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 telah ditutup sepenuhnya pada 5.30 petang Sabtu.

Penutupan pusat-pusat pengundian melibatkan 3,599 saluran itu dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan dan jumlah pengundi berdaftar, selepas dibuka tepat 7.30 pagi tadi.

Lebih 1.74 juta pengundi biasa layak menunaikan hak mereka pada Sabtu bagi memilih wakil rakyat masing-masing, bagi 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 60.94 peratus atau 1,062,114 orang telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka setakat 4 petang.

SPR menjangkakan keputusan awal pengundian dapat diumumkan sekitar 10 malam ini.

Ketika ini, proses pengiraan kertas undi dari pusat-pusat yang ditutup awal sedang dijalankan.

Untuk berita-berita terkini PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php. - Bernama 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pusat-pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 telah ditutup sepenuhnya pada 5.30 petang
  • Penutupan pusat-pusat pengundian dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan dan jumlah pengundi berdaftar
  • Lebih 1.74 juta pengundi biasa layak menunaikan hak memilih wakil rakyat bagi 73 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan
  • Sebanyak 60.94 peratus atau 1,062,114 orang telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka setakat 4 petang
  • SPR menjangkakan keputusan awal pengundian dapat diumumkan sekitar 10 malam ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!