Tragedi banjir Asia Tenggara

Gambar dari udara menunjukkan sebuah rumah dikelilingi banjir di Kangar, Perlis, utara Malaysia.- AFP
Gambar dari udara menunjukkan sebuah rumah dikelilingi banjir di Kangar, Perlis, utara Malaysia.- AFP
A
A
A

MEDAN – Sekurang-kurangnya 90 orang maut di Indonesia manakala sebuah hospital di selatan Thailand melaporkan bilik mayatnya penuh, susulan beberapa hari hujan lebat yang mencetuskan banjir dan tanah runtuh di Asia Tenggara.

Kejadian ini turut menjejaskan sebahagian kawasan di Malaysia, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan ribuan penduduk yang masih terperangkap.

Keadaan banjir di Padang,Sumatera Barat,Indonesia. -AFP
Keadaan banjir di Padang,Sumatera Barat,Indonesia. -AFP

Hujan lebat yang melanda Indonesia, Malaysia dan selatan Thailand menyebabkan bandar-bandar tenggelam, jalan raya tidak dapat diakses dan bekalan elektrik serta komunikasi terputus.

Di Pulau Sumatera, Indonesia, pihak berkuasa memaklumkan banjir dan tanah runtuh minggu ini telah meragut sekurang-kurangnya 90 nyawa, manakala puluhan lagi masih hilang.

Jurucakap polis Sumatera Utara, Ferry Walintukan berkata, pihaknya menumpukan operasi 'evakuasi dan bantuan kepada mangsa', namun akses ke beberapa kawasan masih terhad akibat air deras dan serpihan runtuhan.

Di Medan, jurugambar AFP melihat air banjir berwarna coklat sehingga paras pinggang, manakala penduduk meminta pemandu kenderaan melintas perlahan untuk mengelak percikan air.

Beberapa penduduk memakai baju hujan dan topi keledar motosikal semasa menyeberangi jalan yang dinaiki air.

Artikel Berkaitan:

Seorang wanita menolak motosikalnya melalui jalan yang ditenggelami banjir di Medan, Sumatera Utara, Indonesia.-AFP
Seorang wanita menolak motosikalnya melalui jalan yang ditenggelami banjir di Medan, Sumatera Utara, Indonesia.-AFP

Di Sumatera Barat, Misniati, 53, menceritakan pengalamannya menentang arus deras untuk sampai ke rumah suaminya, dengan paras air sudah mencapai sehingga ke paras dada.

Di selatan Thailand, kawasan teruk terjejas termasuk Hatyai, di mana penduduk terpaksa menumpang di bumbung sementara menunggu untuk diselamatkan dengan bot.

Sekurang-kurangnya 55 orang maut di wilayah Songkhla dan pihak hospital terpaksa menggunakan trak sejuk kerana bilik mayat telah penuh.

Penduduk melaporkan air naik sehingga paras siling tingkat dua. Shopkeeper Chayaphol Promkleng berkata, dia terpaksa meninggalkan kedainya untuk menyelamatkan nyawa sendiri selepas paras air naik sehingga paras pinggang sehari selepas banjir bermula.

Seorang lelaki membantu memindahkan seorang wanita melalui banjir di Hatyai, wilayah Songkhla, selatan Thailand.-AFP
Seorang lelaki membantu memindahkan seorang wanita melalui banjir di Hatyai, wilayah Songkhla, selatan Thailand.-AFP

Di Malaysia, dua orang maut akibat hujan lebat yang menenggelamkan sebahagian kawasan di Perlis. Amaran sistem cuaca pula kini diturunkan status daripada ribut tropika kepada tekanan rendah yang telah menambahkan lagi jumlah hujan di kawasan yang sudah pun banjir.

Penduduk yang terjejas di seluruh kawasan ini memerlukan bantuan segera, manakala pihak berkuasa di setiap negara menumpukan usaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap, menyediakan tempat perlindungan sementara dan bantuan kecemasan.

Di Indonesia, helikopter digunakan untuk menjangkau kawasan paling teruk terjejas, manakala sukarelawan mengedarkan makanan, pakaian dan barangan keperluan kepada mangsa banjir di Thailand.

Gambar dari udara menunjukkan kenderaan tenggelam akibat banjir di Hatyai, selatan Thailand. - AFP
Gambar dari udara menunjukkan kenderaan tenggelam akibat banjir di Hatyai, selatan Thailand. - AFP

Fenomena ini sekali lagi menyerlahkan kesan perubahan iklim terhadap rantau Asia Tenggara. Hujan lebat yang luar biasa dan banjir besar yang berlaku dalam masa beberapa hari menekankan keperluan langkah mitigasi dan kesiapsiagaan yang lebih berkesan.

Pihak berkuasa juga menasihati orang ramai supaya terus waspada terhadap ramalan cuaca, mengelak kawasan rendah dan sentiasa mematuhi arahan keselamatan semasa banjir.

Jumlah korban dijangka meningkat kerana operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. Di samping itu, pihak berkuasa menekankan kepentingan kerjasama antara komuniti dan kerajaan dalam menghadapi bencana alam yang semakin kerap berlaku akibat perubahan iklim, agar nyawa dan harta benda dapat diselamatkan.-AFP

Ringkasan AI

  • Sekurang-kurangnya 90 orang maut di Indonesia dan sebuah hospital di selatan Thailand melaporkan bilik mayatnya penuh akibat banjir dan tanah runtuh
  • Hujan lebat di Indonesia, Malaysia dan selatan Thailand menyebabkan bandar tenggelam dan putus bekalan elektrik serta komunikasi
  • Pihak berkuasa di Indonesia melaporkan banjir dan tanah runtuh meragut 90 nyawa di Pulau Sumatera, dengan puluhan lagi masih hilang
  • Di selatan Thailand, sekurang-kurangnya 55 orang maut dan hospital menggunakan trak sejuk disebabkan bilik mayat penuh
  • Di Malaysia, dua orang maut akibat hujan lebat di Perlis dan amaran cuaca dikeluarkan berhubung tekanan rendah yang meningkatkan jumlah hujan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!