MetMalaysia keluar amaran hujan lebat berterusan hingga Sabtu ini

MetMalaysia keluar amaran hujan lebat berterusan hingga Sabtu ini. Gambar hiasan.
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat berterusan hingga Sabtu ini. Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di tujuh negeri sehingga Sabtu.

Setakat kemas kini jam 8.30 pagi ini, MetMalaysia berkata, antara yang terkesan ialah di Kedah (Kulim dan Bandar Baharu) serta seluruh Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya.

"Di Pahang, hanya Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong yang terkesan.

"Untuk amaran hujan lebat berterusan (tahap waspada) pula melibatkan seluruh Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka manakala di Johor hanya Tangkak serta Segamat.

"Pahang juga terkesan di daerah Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin," kata MetMalaysia pada Khamis.

MetMalaysia memaklumkan, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi jabatan, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi.

"Talian hotline MetMalaysia, 1-300-22-1638 boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan lanjut," ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat di tujuh negeri sehingga Sabtu
  • Antara negeri terkesan adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya
  • Di Pahang, kawasan terkesan adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong
  • Amaran hujan lebat tahap waspada melibatkan Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka dan beberapa daerah di Johor
  • MetMalaysia menyediakan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang, aplikasi myCuaca dan media sosial, serta talian hotline 1-300-22-1638

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!