Ubi badak, itik, kembili jadi rebutan

Fauziah membuka gerai jualan pelbagai jenis ubi seperti kayu, keledek, kembili, badak, itik, keladi untuk raih pendapatan sampingan setiap kali musim tengkujuh.Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

A
A
A

PASIR PUTEH - Selain ubi kayu, ubi badak dan itik, kembili turut menjadi rebutan di musim tengkujuh sekali gus memberi ‘durian runtuh’ kepada peniaga.

Terdapat banyak gerai jualan dibuka sekitar sini kerana mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai.

Peniaga dari Bukit Tanah, Selising, Nur Eerna Natasya Ilias, 26, berkata, sebaik sahaja masuk musim tengkujuh dia akan menukar jualan buah-buahan dan jagung kepada ubi.

Nur Eerna Natasya berjaya menjual lebih empat tan pelbagai jenis ubi seperti ubi kayu, kembili, badak, dan keledek. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Nur Eerna Natasya berjaya menjual lebih empat tan pelbagai jenis ubi seperti ubi kayu, kembili, badak, dan keledek. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

“Permintaan ubi sepanjang musim tengkujuh agak tinggi. Setakat ini saya sudah berjaya menjual lebih empat tan pelbagai jenis ubi seperti ubi kayu, kembili, badak, dan keledek,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Nur Eerna Natasya, jualan ubi akan meningkat bermula Khamis, Jumaat dan Sabtu sehingga menyebabkan tidak menang tangan melayan pelanggan.

Katanya, ubi kayu mendapat permintaan tinggi apabila ia dijadikan sebagai ‘tonyoh’ dan putu halba selain direbus untuk dimakan panas-panas.

Artikel Berkaitan:

Bagi Sharifah, musim tengkujuh memberikan rezeki berlipat ganda buatnya apabila jualan ubi kayu, kembili, keledek, itik menjadi rebutan. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Bagi Sharifah, musim tengkujuh memberikan rezeki berlipat ganda buatnya apabila jualan ubi kayu, kembili, keledek, itik menjadi rebutan. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Peniaga di Jalan Melawi, Tok Bali, Sharifah Yahya, 43, pula berkata, musim tengkujuh memberikan rezeki berlipat ganda buatnya apabila jualan ubi kayu, kembili, keledek, itik menjadi rebutan.

Katanya, untuk mendapatkan keuntungan lebih dia menanam sendiri ubi yang dijual.

“Ubi kayu dijual pada harga RM10 bagi tiga kilogram, itik sekilogram RM5 begitu juga keledek dan badak RM7 sekilogram.

“Alhamdulillah jualannya singkat tapi untungnya berganda. Rezeki musim tengkujuh buat kami.

“Di sepang jalan dari Bachok ke Tok Bali terdapat lebih 10 gerai jualan ubi. Meriahnya kerana permintaan tinggi daripada orang ramai,” katanya.

Selain ubi kayu, badak, itik, kembili turut menjadi rebutan di musim tengkujuh apabila terdapat banyak gerai jualan dibuka sekali gus memberi 'durian runtuh' kepada peniaga. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Sementara itu, peniaga di Kampung Kaabah, Machang, Fauziah Ismail, 58, memberitahu, dia hanya membuka gerai jualan pelbagai jenis ubi seperti kayu, keledek, kembili, badak, itik, keladi untuk raih pendapatan sampingan setiap kali musim tengkujuh.

Menurutnya, di samping dapat membantu menjual tanaman penduduk kampung.

“Jualan sebegini laris pada musim hujan. Dapat lah saya simpan duit sedikit sambil bantu penduduk lain yang bercucuk tanam.

“Boleh dikatakan setiap hari licin, lagi lebat hujan jualan makin rancak.

“Orang kita suka makan panas-panas dalam cuaca sejuk ini. Selain dicampur dalam masakan, ramai yang memilih rebus biasa kerana ia enak dimakan terutama di musim tengkujuh,” ujarnya.

Ringkasan AI

  • Selain ubi kayu, ubi badak dan itik, kembili turut menjadi rebutan di musim tengkujuh sekali gus memberi 'durian runtuh' kepada peniaga
  • Terdapat banyak gerai jualan dibuka sekitar sini kerana mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai
  • Permintaan ubi sepanjang musim tengkujuh agak tinggi dengan penjualan lebih empat tan pelbagai jenis ubi seperti ubi kayu, kembili, badak, dan keledek
  • Ubi kayu mendapat permintaan tinggi apabila ia dijadikan sebagai 'tonyoh' dan putu halba selain direbus untuk dimakan panas-panas
  • Musim tengkujuh memberikan rezeki berlipat ganda kepada peniaga dengan jualan ubi, kembili, keledek, itik menjadi rebutan dan harga jualan seperti ubi kayu dijual pada harga RM10 bagi tiga kilogram

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!