KPLB peruntuk RM2.135 juta bantu usahawan terjejas

Dr Abd Latiff Ahmad
Dr Abd Latiff Ahmad
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan sebanyak RM2.135 juta sebagai insentif kepada usahawan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Menterinya, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, insentif itu dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 orang termasuk isi rumah melibatkan lima agensi di bawah kementerian itu.

Menurutnya, lima agensi itu adalah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA); Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA);Lembaga Kemajuan Wilayah Johor Tenggara (KEJORA); Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan (KESEDAR); dan Lembaga Kemajuan Wilayah Terengganu Tengah (KETENGAH).

"Antara insentif yang akan ditawarkan LKW adalah memberikan diskaun sehingga 30 peratus bagi sewaan premis perniagaan untuk tempoh enam bulan; memberikan diskaun sehingga 30 peratus bagi sewaan tanah sehingga enam bulan dan pengecualian bayaran sewa rumah selama tiga bulan.

"Selain itu, menangguhkan bayaran sewa atau sewa beli rumah selama tiga bulan; dan menangguhkan bayaran balik pembiayaan/pinjaman perniagaan (mikro kredit) selama enam bulan," katanya.

Abd Latiff berkata, kementeriannya sentiasa berusaha untuk membantu usahawan dan mereka yang terjejas susulan pelaksanaan PKP tersebut.

"KPLB berharap dengan pelaksanaan insentif ini akan membantu mereka yang terjejas di LKW bagi meringankan beban dan juga meningkat semula ekonomi mereka," katanya.

Artikel Berkaitan: