Shamsul Iskandar hadir di SPRM, bantu siasatan dakwaan rasuah

Shamsul Iskandar
Shamsul Iskandar
A
A
A

PUTRAJAYA – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Jumaat.

Shamsul Iskandar hadir sekitar jam 12 tengah hari bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan pemberian rasuah oleh seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Albert Tei.

Menurut sumber, kehadiran Shamsul Iskandar adalah sebahagian daripada proses pengumpulan keterangan yang sedang dijalankan SPRM susulan pendedahan dibuat sebuah portal berita baru-baru ini.

Pengamal media menunggu di pekarangan pagar hadapan Ibu Pejabat SPRM pada Jumaat.
Pengamal media menunggu di pekarangan pagar hadapan Ibu Pejabat SPRM pada Jumaat.

Media sebelum ini melaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan itu.

Beliau berkata, selain Shamsul Iskandar dan Albert, seorang wanita yang dikaitkan dalam klip video tular yang memaparkan perbualan bersama ahli perniagaan berkenaan, turut hadir memberi keterangan pada jam 2 petang semalam.

Pada 25 November lalu, Shamsul Iskandar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.

SPRM sebelum ini menegaskan bahawa siasatan sedang berjalan dan semua individu berkaitan akan dipanggil bagi melengkapkan proses mendapatkan bukti yang diperlukan.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hadir di pejabat SPRM untuk membantu siasatan
  • Kehadiran Shamsul Iskandar berkaitan dengan dakwaan pemberian rasuah oleh seorang ahli perniagaan, Albert Tei
  • Siasatan SPRM dilakukan susulan pendedahan yang dibuat oleh sebuah portal berita baru-baru ini
  • Selain Shamsul Iskandar, seorang wanita yang dikaitkan dalam klip video tular turut memberi keterangan
  • Shamsul Iskandar mengumumkan peletakan jawatannya pada 25 November lalu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!