PRN Sabah: Momentum sokongan meyakinkan-Awang Husaini

Awang Husaini (tengah) ketika ditemui pemberita di Putatan.
Awang Husaini (tengah) ketika ditemui pemberita di Putatan.
A
A
A

PUTATAN - Berbaki dua hari lagi tempoh berkempen, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas, Awang Husaini Sahari menyifatkan momentum sokongan pengundi semakin meyakinkan.

Ketika ditemui pemberita, beliau berkata, perjalanan kempen setakat ini amat menggalakkan, apatah lagi dengan kerjasama erat daripada rakan komponen termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN).

"Untuk memastikan Petagas ini kita mampu tawan. Sekarang kita masuk gelombang kedua, dan momentumnya amat baik sekali. Jadi kita melihat itu satu petanda yang amat baik," katanya ketika ditemui selepas Karnival Harapan Urang Sabah, di sini pada Khamis.

Karnival tersebut turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas mengenai harapan Anwar, yang juga Pengerusi PH, agar beliau dapat memenangi kerusi DUN Petagas, bekas Ahli Parlimen Putatan itu berkata, harapan tersebut turut seiring dengan tekadnya untuk menjadi penghubung terus kepada kerajaan Persekutuan.

"Ya, saya rasa untuk harapannya amat tinggi. Amat-amat tinggi. Agar Petagas ini dapat kita menang supaya boleh menjadi penghubung. Supaya menang untuk berkhidmat di kawasan di Petagas ini," katanya.

Awang Husaini, bekas Ahli Parlimen Putatan, bakal dicabar sembilan calon lain termasuk abangnya sendiri, bekas penyandang kerusi DUN Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari.

Awang Ahmad Sah mencetuskan kejutan apabila bertanding sebagai calon bebas selepas tidak dicalonkan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Calon DUN Petagas, Awang Husaini Sahari merasakan momentum sokongan pengundi semakin meyakinkan berdekatan penghujung tempoh berkempen
  • Kempen berjalan menggalakkan dengan kerjasama rapat komponen termasuk GRS dan BN
  • Awang Husaini menyasarkan kemenangan di Petagas dengan momentum positif daripada gelombang kedua kempen
  • Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, mengharapkan Awang Husaini menang untuk menjadi penghubung dengan kerajaan Persekutuan
  • Awang Husaini dicabar sembilan calon lain termasuk abangnya, Datuk Awang Ahmad Sah, yang bertanding sebagai calon bebas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!