PRN Sabah: Jika kekal momentum, PH mampu tawan DUN Gum-Gum

SANDAKAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum-Gum yakin mampu memenangi hati rakyat pada 29 November ini.
Abdul Said Pimping berkata, sokongan terhadap PH dilihat semakin bertambah dari hari ke hari.
Menurutnya, komuniti Cina turut menunjukkan sokongan yang baik di kawasan tersebut.
"Alhamdulillah di kawasan Gum-Gum, situasi dan momentum daripada awal hingga saat kita berkempen mendapat sambutan masyarakat khususnya di kawasan Melayu yang semakin meningkat.
"Saya juga berani menyatakan walaupun ada desas-desus setakat ini undian 'lebih' kepada Warisan, tapi alhamdulillah dalam minggu ini kehadiran komuniti Cina di Sendala dan Batu 8 Jalan Labuk amat memberansangkan.

"Saya yakin akan memberi satu kelebihan kepada PH kepada pilihan raya kali ini," katanya dalam sidang media ketika melawat Pusat Media di Sandakan pada Rabu.
Beliau berkata, jika momentum itu dapat dikekalkan, ia mampu memberi keputusan yang baik kepada PH.
Mengulas baki dua hari kempen, Abdul Said berkata, pihaknya tidak mempunyai strategi khusus.
"Dari segi strategi, saya tiada strategi yang sulit.
"Strateginya, saya akan cuba menghadiri mana-mana program dan ceramah kelompok kerana dengan ceramah itu, saya akan memperjelaskan kelebihan diri," katanya.
Ringkasan AI
- Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Gum-Gum yakin mampu memenangi hati rakyat pada 29 November ini
- Sokongan terhadap PH semakin bertambah dari hari ke hari
- Komuniti Cina menunjukkan sokongan yang baik di kawasan Gum-Gum
- Walaupun ada desas-desus undian 'lebih' kepada Warisan, kehadiran komuniti Cina di kawasan tersebut memberansangkan
- Abdul Said tidak mempunyai strategi khusus tetapi akan menghadiri program dan ceramah untuk memperjelaskan kelebihan diri
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

