Pencemaran minyak, tiga LRA henti operasi

Air Selangor memaklumkan tiga loji rawatan air (LRA) terpaksa dihentikan operasi hari ini berikutan pencemaran minyak yang dikesan pada sumber air mentah di Sungai Selangor pagi tadi.
Air Selangor memaklumkan tiga loji rawatan air (LRA) terpaksa dihentikan operasi hari ini berikutan pencemaran minyak yang dikesan pada sumber air mentah di Sungai Selangor pagi tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2) dan Fasa 3 (SSP3) terpaksa dihentikan operasi hari ini berikutan pencemaran minyak yang dikesan pada sumber air mentah di Sungai Selangor pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan memaklumkan pencemaran itu dikesan pada jam 9.30 pagi tadi.

Menurut kenyataan itu, Air Selangor telah melaporkan insiden pencemaran kepada pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

"Semua tindakan perlu sedang diambil oleh pihak Air Selangor dan LUAS untuk meminimakan impak kepada pengguna berikutan insiden ini.

"Pada masa ini bekalan air masih terus disalurkan kepada pengguna. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com,"menurut kenyataan itu.

Pengguna dinasihatkan menggunakan air secara berhemat dalam tempoh ini.

Pengguna juga digalakkan memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.

Artikel Berkaitan: