Bank Rakyat tawar moratorium enam bulan kepada mangsa banjir

BANK Rakyat menawarkan kemudahan penangguhan bayaran ansuran pembiayaan sehingga enam bulan kepada pelanggan individu dan perniagaan yang terjejas akibat banjir di seluruh negara baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata, langkah itu bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan dan komitmen pelanggan dalam tempoh mencabar.
“Kemudahan moratorium yang ditawarkan ini merangkumi produk Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Mikro-i, Pajak Gadai-i serta Kad Kredit-i.
“Pelanggan yang terjejas boleh memohon melalui e-mel bantuanbanjir@bankrakyat.com.my dengan menyertakan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat terjejas, nombor telefon bimbit, jenis pembiayaan serta salinan bil utiliti yang mengesahkan alamat mereka,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Katanya, bagi pelanggan Kad Kredit-I boleh menghantar permohonan ke e-mel kkredit@bankrakyat.com.my.
“Pelanggan perniagaan juga boleh terus mengunjungi Pusat Perbankan Perniagaan (BBC) berhampiran bagi mendapatkan bantuan.
“Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my, menghubungi Pusat Panggilan di talian 1-300-800-800 atau mengunjungi cawangan Bank Rakyat serta Susulan Berpusat (SB) berdekatan,” jelas beliau.
Ringkasan AI
- Bank Rakyat menawarkan penangguhan ansuran sehingga enam bulan kepada pelanggan terjejas akibat banjir
- Kemudahan ini bertujuan mengurangkan beban kewangan pelanggan selama tempoh mencabar
- Kemudahan moratorium merangkumi pelbagai produk seperti Pembiayaan Peribadi-i, Perumahan-i, Kenderaan-i dan lain-lain
- Pelanggan perlu memohon melalui e-mel dengan menyertakan dokumen terperinci
- Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh mengunjungi laman web rasmi Bank Rakyat, menghubungi Pusat Panggilan atau mengunjungi cawangan berdekatan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
